bahasaku
sekarang aku nak cuba menulis dalam bahasa melayu. melayu aku sebenarnya dari dulu memang rabak. aku ade tuisyen melayu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. banyak kali semasa waktu kelas melayu di menengah tiga aku da kawan-kawanku akan duduk di luar kelas kerana terlupa atau sengaja tidak buat kerja yang telah diberi. bagaimana hendak (improve) bahasa melayu aku kalau asik duduk di luar sahaja?
ini lah zaman melayu sekarang. melayu hancur.
ini lah zaman melayu sekarang. melayu hancur.
6 Comments:
Jikalau anda hendak menulis seperti ini, lebih bagus jika anda menggunakan "saya" daripada "aku". Dan perkataan "dari" di dalam ayat "aku ada tuisyen melayu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah" telah disalahgunakan kerana "dari" hanya boleh digunakan untuk tempat dan masa sahaja. Untuk membanding dua benda, anda hanya boleh menggunakan "daripada".
Saya memperbaiki (improve) Bahasa Ibunda saya dengan mendengari lagu-lagu Melayu. Saya juga bernasib baik kerana mempunyai seorang cikgu yang amat penyabar dan penuh dedikasi. Dengan dua perkara ini, dan juga pertolongan dari Tuhan, saya berjaya mendapatkan A1 dalam peperiksaan peringkat O saya.
=D
Sekarang saya hendak mencuba menulis dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya penguasaan Bahasa Melayu saya tidak begitu baik. Sejak dari sekolah rendah lagi saya diberi tuisyen untuk Bahasa Melayu.Seringkali saya dan kawan-kawan disuruh duduk di luar kelas kerana lupa menghabiskan kerja rumah. Justeru, ia menghambat pembaikan (improvement, i think) Bahasa Melayu saya.
Sayangnya, ramai yang tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda mereka sendiri pada zaman yang arus dengan pemodenan.
Pada pendapat saya, ini adalah versi yang lebih baik. Walaupun saya jarang bertutur dalam Bahasa Melayu, saya harap penjemahan (i don't know if this is the right word) saya boleh diterima. Entah bagaimana saya boleh berjaya mendapat A2 dalam Bahasa Melayu Lanjutan, saya tidak tahu.
Terima Kasih Selamat Pagi
hanyut.
oh my gawd you guys are crazy.
Ya Allah, kami sudah gila?
im sorry. i took french. HAHA.
Post a Comment
<< Home